Jihan bimbang apa yang mendatang..


Perjalanan kerjaya pelawak, pelakon dan pengacara Jihan Muse, 32, memang diakui majoriti penggiat industri hiburan kini kian memuncak. Namun, pengiktirafan itu secara peribadi membimbangkannya.
Image result for jihan muse

Bukan mahu menyangkal atau memperlekeh peng­iktirafan itu, tetapi pemilik nama sebenar Nuur Jihan Muse, 32, ini gusar kerana perjalanan seni umpama pusingan roda.
Ada ketika berada di atas dan tidak mustahil akan berada di bawah pada masa akan datang.
Bagi anak kedua daripada empat beradik ini, mungkin tuah dan rezeki berpihak kepadanya sekarang tapi ia bukan jaminan untuk terus berkekalan.
“Kehidupan kita ada pasang dan surut, tuah dan malang serta untung dan rugi. Hari ini mungkin majoriti nampak saya di tahap selesa tapi esok, lusa kita tak tahu.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment