Buat kali pertama bendera Palestin dinaikkan dan berkibar di PBB!!


Buat pertama kali dalam peradaban manusia moden, bendera Palestin dinaikkan dan berkibar di PBB. FOTO Reuters dan AFPImage result for BENDERA PALENTIN BERKIBAR DI PBB

New York: "Kami tujukan pengiktarafan ini buat mereka yang syahid, yang berada di penjara dan mereka yang cedera dan mereka yang bertarung nyawa untuk menaikkan bendera ini," kata Mahmoud Abbas.

Presiden Palestin itu berkata demikian ketika membuat ucapan di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sejurus selepas ucapan berkenaan dan buat pertama kali dalam peradaban manusia moden, bendera Palestin dinaikkan dan berkibar di PBB.

Bendera itu dinaikkan pada kira-kira 1 petang waktu tempatan di depan diplomat dan wartawan.

Rakyat Palestin yang berada di Tebing Barat di bandar Ramallah, turut menyaksikan majlis penuh bersejarah itu menerusi layar gergasi di Yasser Arafat Square.

"Suasana amat ceria ketika ini. Mereka mendendangkan lagu kebangsaan dan mengibarkan bendera Palestin," lapor wartawan, Imtiaz Tyab untuk Al Jazeera.




Quote:
Dikala yang lain kata ini tiada apa, rakyat Palestin di sana gembira meraikannya

Ada kata tidak ada apa yang perlu dibanggakan bendera Palestin di naikkan di ibu pejabat PBB sedangkan ratusan ribu rakyat palestin sedang menderita, tapi Mahmoud Abbas berkata " Ini adalah hari yang penuh emosi dan perlu dibanggakan".

Mahmoud dilihat mencium bendera Palestin sebelum dinaikkan.

Dalam gambar menunjukkan betapa gembiranya rakyat Palestin dengan perkembangan terbaru ini di mana ia adalah satu harapan dan permulaan kepada pembentukan Negara Palestin Merdeka.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment