Khir Toyo rebah selepas joging di kawasan rumah nya di seksyen 7,Shah Alam

Keputusan rayuan Khir Toyo ditangguh kepada 22 September

PUTRAJAYA: Keputusan rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, terhadap hukuman 12 bulan penjara atas dakwaan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah serta sebuah banglo di Shah Alam, ditangguhkan kepada 22 September ini.


Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan keputusan itu.

Muhammad Shafee memberitahu mahkamah, pihaknya memohon penangguhan kerana Dr Mohamad Khir sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Shafee berkata, anak guamnya dimasukkan ke IJN kelmarin selepas rebah sekembalinya daripada berjoging.

Dr Mohamad Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 50, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007.

RUMAH Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo di atas dua lot tanah dan sebuah banglo pada harga RM3.5juta, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam. - Foto Roslin Mat Tahir



SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke Hospital Selayang dekat sini setelah rebah selepas berjoging di kawasan rumahnya di Seksyen 7 di sini, pagi tadi.

Sumber daripada pejabat Mohamad Khir ketika dihubungi memberitahu, dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, beliau (Dr Mohamad Khir) yang pulang daripada aktiviti itu tiba-tiba terjatuh serta tidak sedarkan diri di rumahnya menyebabkan keluarganya panik dan menghubungi ambulans.

Menurut sumber itu lagi, setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Dr Mohamad Khir kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut.

"Setakat 6 petang tadi, keadaan beliau telah stabil dan sudah boleh bercakap namun masih ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut," kata sumber itu di sini.

Esok Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan keputusannya mengenai rayuan Mohamad Khir terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadap beliau bagi tuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah dan banglo daripada Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni dalam 2007. - Bernama



Quote:
PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo akan mengetahui nasibnya esok, sama ada merengkuk dalam penjara atau dibebaskan. 

Mahkamah Persekutuan dijadual membuat penghakimannya esok berhubung rayuan akhir Dr Mohamad Khir terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan unit banglo.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepadanya, Dr Mohamad Khir akan dibebaskan namun, jika keputusan sebaliknya, beliau akan menjalani hukuman penjara mulai esok.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment