Tauke mengamuk!! apa hal..slow2 brader!!

Kuala Lumpur: "Saya jenis yang buka Instagram untuk sesiapa saja, ibarat macam rumah saya. Saya tak pernah marah atau kisah jika orang nak jual barang-barang niaga mereka tapi yang ini mereka masuk rumah saya dan kurang ajar macam itu, memang patut kenalah."

Image result for tauke jambu
Demikian kenyataan pelawak Tauke Jambu berhubung kata-kata kesat yang ditujukan kepada golongan 'wira papan kekunci' (keyboard warrior) sebagai pengajaran kerana melakukan provokasi dan menghentamnya di laman sosial tanpa usul periksa.
Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 37, berkata, pendekatan itu diambil bertujuan membendung trend itu yang semakin berleluasa dan menjadi-jadi kebelakangan ini.
"Saya bukan suka-suka nak bantai orang awam macam itu, tapi saya nak tunjukkan supaya ia jadi contoh terutama kepada artis lain.
"Benda macam ini kalau tak dibendung ia makin merebak dan jadi ikutan kepada orang lain untuk buat benda yang sama.
"Sikap mereka macam lempar batu sembunyi tangan. Saya boleh biarkan tapi tak nak benda ni jadi budaya dan merebak. Sebab itu saya tegur cara kasar sebab mereka biadab," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tauke mengulas tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang 'keyboard warrior' yang 'menyerangnya' di Instagram berikutan sekeping gambarnya bersama seorang wanita, baru-baru ini.
Tauke menjelaskan, wanita dalam gambar itu adalah salah seorang kru yang terbabit dalam program Super Spontan Akhir, Jumaat lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment