Setiap pelajar baru di universiti di China wajib menyertai kursus latihan ketenteraan bagi membentuk disiplin dan semangat cintakan negara.
Hukuman denda seperti berlari di dalam hujan dan diherdik jurulatih menjadi kebiasaan sekiranya pelajar melakukan kesalahan.
Gambar sekumpulan pelajar lengkap dengan selimut, tidur di atas padang kawad yang tersebar di Internet baru-baru ini satu contoh denda yang popular.
Walaupun dikritik pengguna Internet kerana dianggap memalukan, tetapi bagi sebilangan pelajar, mereka merasakan denda itu ringan.
Sementara itu, pengetua kolej berkenaan mengakui hukuman seperti itu boleh mengganggu emosi pelajar.
“Kami mengarahkan jurulatih supaya tidak terlalu tegas terhadap pelajar ini bagi mengelak mereka tertekan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment