Kami akan adakan majlis di Sarawak sahaja!!

Seronok melihat kebahagiaan penyanyi popular ini yang bakal disatukan dengan kekasihnya tanggal 14 Mei tahun hadapan. Kata Hafiz Suip, saat ini dia masih sibuk melakukan persiapan untuk bergelar raja sehari.
Image result for HAFIZ SUIP DAN BAKAL ISTERI
 Berdebar itu memang biasa buat bakal pengantin, jadi, jangan runsing sangat ya. Kata Hafiz, walaupun masih jauh tarikh pernikahannya dia lebih selesa buat persiapan awal.
Dia juga mengesahkan perkahwinan kedua-dua belah pihak hanya akan berlangsung di Sarawak sahaja.
Jelas penyanyi ini, keputusan itu mengambil kira jumlah saudaranya yang lebih ramai di sana.
“Memang saya dan Nureffy sudah setuju untuk mengadakan resepsi kami di Sarawak sahaja. Bukan apa, kasihan pula kalau ada saudara saya yang tidak boleh turun ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan majlis kami nanti,” katanya.


Image result for HAFIZ SUIP DAN BAKAL ISTERI
Kata Hafiz sama seperti bakal pengantin lain, dia turut tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam setiap persiapan perkahwinannya.
Setakat ini dia tidak menerima sebarang penajaan mana-mana pihak.
“Saya tidak mahu mengharap soal itu, kalau ada, saya anggap rezeki. Kalau tiada pun tidak mengapa memandangkan kami berdua sudah bersetuju untuk mengadakan majlis kami mengikut kemampuan kami berdua,” katanya.
Tidak mengapalah Hafiz, perkahwinan yang bahagia ukurannya tidak pernah datang dari betapa meriahnya majlis yang dianjurkan. Yang penting menghalalkan ikatan dua hati. Apa-apa pun tahniah ucapkan kepada penyanyi yang suka tersenyum ini.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment