Bukan sahaja gagal dalam rayuannya, sebaliknya tempoh 11 tahun penjara yang dikenakan sebelum ini turut ditambah menjadi 22 tahun.
Pada 23 Oktober 2014, Azaha didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan merogol mangsa.
Bagi pertuduhan pertama, dia didapati bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Ajil, Hulu Terengganu pada Disember 2004.
Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan tiga sebatan.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Azaha didapati bersalah merogol mangsa pada Ogos 2007, di dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan semak berdekatan Bukit Diman, Ajil.
Wan Fadhilah Nor menjatuhkan hukuman 11 tahun penjara dan dua sebatan, namun dia mengarahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.
Azaha kemudian memohon rayuan di Mahkamah Tinggi namun hakim menolak rayuan itu dengan mengekalkan tempoh hukuman penjara, malah mengarahkan ia berjalan berasingan menjadikan dari 11 tahun serentak menjadi 22 tahun.
0 comments:
Post a Comment