Serangan tersebut menyebabkan pelajar itu mengalami cedera parah akibat menerima lima torehan di bahagian kepala dan badan serta dilempar cat pewarna.
Serangan tersebut dilaporkan berlaku ketika subuh hari ini.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),Tan Kar Hing berkata, individu yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.
Tegas beliau lagi, tidak ada sebarang toleransi dalam isu budaya kekerasan dalam kampus tersebut.
“Didapati tiada kehilangan harta benda yang berlaku, tetapi kereta yang digunakan oleh Shahir pula turut disimbah cat. Ini jelas menunjukkan bahawa serangan tersebut bermotifkan ugutan serta gertakan dan bukan rompakan.
“Ini merupakan tamparan kepada demokrasi kampus serta menunjukkan bahawa pihak berkuasa gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan pilihan raya kampus dijalankan dalam keadaan adil dan telus,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, kejadian disyaki berkait rapat dengan pilihan raya kampus UKM yang sedang berlangsung.
Kar Hing yang juga merupakan Adun Simpang Pulai Perak berkata, aktivis mahasiswa dan calon pro-mahasiswa seringkali menjadi mangsa penindasan dan serangan menjelang musim pilihan raya kampus.
“Kalau tahun 2014 kita kedengaran kes cermin kereta pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dipecahkan oleh penyerang, tahun ini pula kes kekerasan telah semakin berleluasa dan menggugat keselamatan dan nyawa mahasiswa,” katanya lagi.
Shahir yang merupakan mahasiswa Fakulti Pengajian Islam tahun ketiga kini masih dirawat di Hospital Serdang.
0 comments:
Post a Comment