Apa sebenarnya disebalik insiden kekecohan Ultras Malaya di stadium Shah Alam??haha terkejut..

Putrajaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kemungkinan berdepan penggantungan oleh Pesuruhjaya Sukan jika gagal memberikan penjelasan berhubung insiden kekecohan Ultras Malaya pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019.

Image result for insiden ultras malaya
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin petang tadi yang menuntut FAM membalas surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Pesuruhjaya Sukan semalam dalam tempoh 14 hari.
"Menerusi Akta Pembangunan Sukan, Pesuruhjaya Sukan mempunyai kuasa untuk mengarahkan FAM untuk mendedahkan segala maklumat mengenai insiden kekecohan di Stadium Shah Alam.
"FAM perlu beri penjelasan dalam tempoh 14 hari, jika Pesuruhjaya Sukan tidak berpuas hati dengan penjelasan itu, Pesuruhjaya Sukan menerusi Akta 20 (1) (6) boleh membatalkan mana-mana persatuan," katanya.
Insiden kekecohan dicetuskan oleh segelintir Ultras Malaya yang membakar suar, bom asap dan mercun di Stadium Shah Alam Selasa lalu memaksa perlawanan ditangguhkan pada minit ke-88 ketika Harimau Malaya ketinggalan 1-2 kepada Arab Saudi.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment