Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak mencederakan kaki, kepala dan menumbuk pipi isterinya selepas berlaku perselisihan faham antara mereka berikutan mangsa telah memarahi tertuduh kerana enggan bekerja.
Ho didakwa melakukan kesalahan itu di Blok E-8-2 Pangsapuri Aman Putra, Taman Aman Putra, Sentul di sini, kira-kira 1 pagi 29 Ogos, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Tertuduh juga mengaku bersalah atas pertuduhan kedua iaitu merosakkan perabot rumah milik mangsa di tempat dan waktu yang sama, mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua itu, Ho dijatuhi hukuman penjara dua bulan.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bagi kedua-dua pertuduhan secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap, pada 29 Ogos lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohamad Yusoff memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira isteri seharusnya dilindungi suami, bukan dicederakan.
Ketika rayuan, Ho yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan perlu menanggung isteri dan anak selain belum mempunyai pekerjaan yang tetap.
0 comments:
Post a Comment