Nak telefon canggih!!! Nah!!! ni baru betul canggih...Handphone Samsung boleh lentur??? dapatkan segera!!

PORTLAND 16 Sept. – Syarikat pengeluar telefon pintar Korea Selatan, Samsung dilaporkan sedang menguji dua varian peranti telefon pintar boleh lentur dan dijangka boleh dilancarkan seawal Januari 2016.
Image result for telefon boleh lentur samsung
Menurut Digital Trends, penghasilan telefon pintar boleh lentur yang dinamakan sebagai Projek Valley (Projek V) di peringkat dalaman dan dua varian yang dikaji mempunyai perbezaan utama iaitu pemprosesannya.
Image result for telefon boleh lentur samsung
Katanya, peranti berkenaan dipacu oleh pemprosesan Qualcomm Snapdragon 620 dan Snapdragon 820, merupakan pemprosesan paling baharu mempunyai ciri Quick Charge 3.0.

Jelas laporan itu, Snapdragon 820 adalah pemprosesan paling berkuasa keluaran Qualcomm. The Galaxy S7 juga dikatakan akan disokong oleh pemprosesan itu.
Image result for telefon boleh lentur samsung
“Antara spesifikasi lain termasuk tiga gigabit (GB) ingatan capaian rawak (RAM), slot microSD untuk penyimpanan memori dan bateri yang tidak boleh ditanggalkan.

“Penggunaan slot MicroSD akan dialu-alukan oleh banyak pihak, tetapi ada yang menjangkakan harga telefon pintar boleh lentur ini mungkin tidak di paras berpatutan,” katanya.

Samsung dalam kenyataan rasmi pada Mac lalu memberitahu bahawa industri percaya pengkomersialan telefon pintar boleh lentur bakal direalisasikan pada 2016.

Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka itu mempunyai sejarah mempamerkan teknologi paparan boleh lentur di Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2013.

Samsung memperkenalkan konsep berkenaan pada 2013 dan sebenarnya merancang untuk melancarkan prototaip telefon pintar boleh dilentur pertama pada mesyuarat tertutup sewaktu CES 2014.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment