Pelakon yang dikenali menerusi drama Bawang Merah Bawang Putih ini nyata dilihat terbuka untuk berkongsi berita gembira itu dengan peminatnya apabila memberitahu yang dia kini hamil anak lelaki.
“Malah kami berdua juga sudah bersepakat untuk memilih nama yang paling sesuai untuk kelahiran zuriat ini nanti.
“Tapi nama itu tidak dapat didedahkan lagi. Kena tunggu Januari tahun depan,” katanya berkongsi perkembangan diri kepada media Indonesia baru-baru ini.
Revalina berkahwin dengan Rendy pada sebuah majlis tertutup di Uluwatu, Bali pada 15 Mac lalu.
Hanya keluarga dan rakan terdekat saja dijemput. Keputusan itu dibuat bagi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pengantin yang mahu upacara tersebut diadakan tanpa liputan media massa.
Biarpun situasi tersebut mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak apatah lagi pernah didakwa merahsiakan perihal pertunangannya sebelum ini namun Revalina tetap dengan keputusannya.
Malah Revalina juga menepis dakwaan kononnya dia sengaja mencari publisiti murahan dengan membangkitkan perihal kisah peribadinya.
Dia juga menolak tanggapan yang berasakan tindakan Revalina berkongsi kisah kehamilannya kerana mahu mengambil semula hati sesetengah pihak yang dikatakan berjauh hati dengannya gara-gara tidak dijemput ke majlis perkahwinannya sebelum ini.
“Aku rasa tidak wajar aku berterusan membuka cerita lama dan dikaitkan dengan tindakan aku itu. Tak perlulah diungkit semula kisah-kisah itu.
“Yang penting sekarang adalah tahap kesihatan diri saya. Semoga saya sihat dan bayi ini dapat lahir dengan selamat,” tegasnya yang baru saja menyelesaikan penggambaran drama bersiri berjudul Hijrah Cinta yang menceritakan kisah kehidupan dan cinta Allahyarham Ustaz Jefri Al Buchori dan isterinya, Umi Pipik
0 comments:
Post a Comment