Nenek tinggal berseorangan apabila seorang suspek memeluk mangsa daripada belakang dan mengacukan pisau di lehernya.

Kajang: Tidak sampai dua minit keluar membuang sampah, seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila mangsa diacu pisau oleh tiga lelaki sebelum diarah menyerahkan barang kemas yang dipakainya dalam kejadian di Taman Sri Ramal, Sungai Ramal, di sini, Selasa lalu.
Image result for nenek diacu pisau
Gambar Hiasan

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa berusia 67 tahun dikatakan keluar membuang sampah di luar rumah sebelum datang tiga lelaki menunggang dua motosikal menghampiri mangsa.

Difahamkan, semasa kejadian mangsa tinggal berseorangan sebelum seorang suspek memeluk mangsa daripada belakang dan mengacukan pisau di lehernya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, tiga suspek yang menunggang dua motosikal model 125 ZR kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas yang dipakainya iaitu rantai leher, gelang tangan dan anting-anting yang dianggarkan bernilai RM6,000.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment