Dalam konteks Islam, sembahyang merupakan tiang agama. Agama seseorang itu menjadi lengkap apabila sembahyangnya cukup, bukan hanya seminggu sekali - hari Jumaat atau dua kali setahun - sembahyang sunat Aidilfitri dan Aidiladha sahaja.
Banyak hadis Rasulullah SAW menyentuh mengenai sembahyang, antara sabda baginda ialah, “Anak kunci syurga ialah sembahyang,” - Riwayat Imam Ahmad; “Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat,” - Riwayat Bukhari dan Muslim; “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya,” - Riwayat Bukhari dan Muslim.
Menginsafi kewajipan mendirikan solat yang merupakan rukun Islam kedua, seorang usahawan, Suhana Sapar yang juga pengasas dan pemilik jenama Ready Solat™ menyahut seruan tersebut bagi memenuhi keperluan semasa Muslimah dunia apabila melancarkan keluaran produk rekaan inovatifnya itu, iaitu set telekung dan mini telekung yang patuh syariat.
Menceritakan bagaimana inisiatif itu timbul, beliau berkata, semuanya bermula sejak beberapa tahun lalu dia banyak memasarkan produk syarikat lain, lantas terdetik di dalam hatinya, bila masanya untuk memiliki dan memasarkan produk jenama sendiri.
Ciri-ciri produk
Rekaan produk keluaran kedua Ready Solat™ ialah Mini Telekung merupakan gabungan hijab labuh dan mini telekung (hijab sedia-sarung 2 dalam 1) yang sesuai untuk dijadikan pakaian harian. Ia boleh digayakan pada bila-bila masa, di mana sahaja sama ada di rumah, beriadah serta ketika beribadat.
Tambah Suhana, setiap rekaannya dijahit secara individu dengan tangan dan gaya tata rias eksklusif, lebih moden, trendy yang telah diterapkan nilai-nilai holistik dan elemen praktikal - memastikan pemakainya sentiasa dalam berkeadaan selesa dan bersedia untuk menunaikan solat atau beribadat di mana sahaja dalam apa juga keadaan.
“Apa yang dimaksudkan dengan 2 dalam 1 ialah mampu mengubah ukuran labuh mini telekung itu kepada lebih labuh supaya ia boleh dilipat kemas dan dipinkan untuk menjadi hijab sedia-sarung atau digunakan terus sebagai telekung ketika menunaikan solat.
“Ia amat sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju, jubah, skirt labuh, baju kurung, kain sarung atau seluar palazzo. Pemakaiannya ketika bersolat juga boleh dilengkapi dengan hanya memakai stokin untuk menutup aurat secara lengkap,” katanya.
Kesemua rekaan dipaten dan didaftarkan dengan ‘trademark’ di Malaysia yang menggunakan tagline, ‘Hadiahkan Sesuatu Istimewa Kepada Yang Teristimewa’
Sasaran produk ini adalah Muslimah berusia antara 24 dan 45 tahun. Sejak April lalu, lebih daripada 7,000 pasang Telekung Set dan 2,000 pasang Mini Telekung telah dijual secara atas talian (online) di negara ini dan serata dunia. Harga Telekung Set bermula daripada RM250 setiap set manakala Mini Telekung berharga RM130 setiap helai.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web, www.readysolat.com atau melalui WhatsApp, 012-6060030. Peluang perniagaan juga dibuka untuk mereka yang berminat menambah pendapatan.
Pada awal tahun lalu, Suhana mendaftarkan trademark Ready Solat™ secara rasmi dan menghasilkan produk dalam kategori pakaian sedia-solat, termasuk kelengkapan set telekung untuk bersolat dan mini telekung 2 dalam 1 serta menjualnya secara perniagaan atas talian yang lebih mudah dan meluas.
“Alhamdulillah koleksi Ready Solat™ telah mendapat sambutan hangat dari seluruh Malaysia dan pasaran antarabangsa di Singapura, China, Jepun, Arab Saudi, Indonesia, Brunei dan United Kingdom sejak produk ini dilancarkan pada 14 Mac 2014, terutamanya Telekung Set dan Mini
Telekung untuk wanita dan kanak-kanak perempuan,” katanya.
Keluaran produk inovatif sedia solat yang pertama, Ready Solat™ ini dikeluarkan oleh syarikatnya sendiri, Empire Richkey Sdn. Bhd. yang berpusat dan beroperasi di Taman Austin Perdana, Johor Bahru, Johor.
Produk pertama keluaran Ready Solat™ adalah Telekung Set. Ia sepasang telekung kapas lengkap yang bersulamkan dengan pelbagai corak dan warna eksklusif serta dilengkapi dengan kotak istimewa - sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk diri sendiri, orang yang disayangi atau sebagai hadiah hantaran bagi persediaan perkahwinan atau majlis bertunang.
0 comments:
Post a Comment