Pedulilah apa orang nak kata, yang penting Rita Rudaini ada sebab tersendiri mengapa dia perlu menegakkan kebenarannya sebagai seorang individu.
Baru-baru ini Rita dikatakan bengang dengan seorang penumpang penerbangan yang sama dengannya selepas wanita yang difahamkan bergelar Datin itu telah bertindak menengking dua anaknya di tempat duduk di dalam pesawat.
Geram dengan tindakan tersebut yang dianggapnya biadap, Rita kemudiannya telah memuat naik sekeping gambar yang mamaparkan anaknya sedang tidur berserta luahan rasa marahnya merujuk kepada Datin berkenaan.
Ada yang memberi sokongan kepada Rita, tidak kurang juga bertindak sebaliknya terutama golongan yang membenci.
Sudah nama pun benci maka semua yang dilakukan Rita mengundang rasa kurang senang kepada mereka lebih-lebih lagi bagi mereka, Rita sudah terlalu banyak ‘meroyan’ di laman sosial dengan pelbagai kontroversi rumah tangga dan sebagainya sebelum ini.
Pancaindera mendapatkan Rita untuk mendengar pandangannya mengenai label ‘pelakon kuat meroyan’ yang dilemparkan kepada dirinya.
Berikut ialah komen ibu kepada Airit Rayyan Rizqi, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, ini.
0 comments:
Post a Comment