KUALA LUMPUR 18 Sept. – Polis menahan ahli perniagaan Datuk Khairuddin Abu Hassan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Khairuddin Abu Hassan
Penahanan Khairuddin dimaklumkan isterinya yang juga pelakon terkenal, Datin Umie Aida melalui laman sosial Twitter miliknya.
“Suami saya telah ditangkap atas Akta 124C. Semoga esok segalanya dapat diselesaikan dengan baik. Insha Allah.. Me doakan Allah sentiasa melindungimu.. Amin..,” katanya di dalam Twitter miliknya itu.
Sebelum ini, Khairuddin pernah didakwa membuat laporan palsu terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pagi ini, Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang telah dilarang oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini ketika hendak ke New York dan London.
0 comments:
Post a Comment