Malang!! Senapang yang disandang tertembak leher sendiri

Image result for 20 pelajar didenda
KOTA SAMARAHAN  Seorang petani nyaris maut setelah senapang patah yang disandangnya semasa berburu di kawasan hutan di Kampung Sampun Gerunggang, di sini terjatuh lalu menyebabkan satu das tembakan ‘terlepas’ mengenai lehernya, malam tadi.
Kejadian berlaku pada pukul 8 malam ketika mangsa berusia 37 tahun itu keluar memburu musang bersama tiga rakannya.

Sumber memberitahu, selepas hampir sejam meredah kawasan hutan di situ, secara tiba-tiba senapang patah yang disandangnya terjatuh ke tanah dan menyebabkan satu das tembakan dilepaskan secara tidak sengaja.

“Mangsa bernasib baik apabila satu das tembakan yang dilepaskan itu hanya mengenai sebelah kiri lehernya.

“Dalam keadaan terkejut dan cemas, rakan-rakan mangsa segera membawanya yang berlumuran darah ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari lehernya kira-kira pukul 10 malam.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.

Katanya, pihak polis sudah mengambil keterangan daripada rakan-rakan mangsa untuk membantu siasatan.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment