THAILAND - Malaysia telah memilih kenderaan berperisai First Win buatan firma pertahanan, Chaiseri Metal and Rubber Co Ltd. daripada Thailand untuk menggantikan kenderaan berperisai Condor yang digunakan Tentera Darat Malaysia ketika ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Urusan Chaiseri, Hiran Koolhiran di dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.
Buat permulaan, Malaysia telah memesan sebanyak 20 buah kenderaan berperisai First Win yang akan dibina oleh syarikat Deftech milik DRB-Hicom di bawah kontrak perlesenan.
Bagaimanapun enam buah kenderaan berperisai itu yang bakal dinamakan AV4 kelak akan dibina di kilang Chaiseri di Pathum Thani, sebelum selebihnya dibina di kilang Deftech di Pekan.
Malaysia dipercayai akan memesan 200 buah kenderaan First Win bagi menggantikan kira-kira 400 kenderaan berperisai Condor buatan firma Jerman yang kini digunakan oleh anggota tenteranya termasuk bagi misi pengaman di Lubnan.
Firma Chaiseri dan Deftech telah menjalin kerjasama dalam aspek pembinaan dan pemasaran kenderaan First Win.
0 comments:
Post a Comment