Sampai bila topup kene GST??

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Kadar enam peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas pembelian kad tambah nilai yang sudah dilaksanakan hampir lima bulan seolah tiada khabar akan dikembalikan kepada harga asal seperti sebelum pelaksanaan cukai tersebut.


Image result for TOPUP GST
Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Harmizi Mat Juah berkata, kerajaan sebelum ini melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pernah mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung isu tersebut.

Katanya, kajian dan tinjauan terhadap pengguna yang dijalankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia sewaktu di bawah kepemimpinan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kini diam tanpa sebarang perkembangan hasil daripada tinjauan itu.

Menurut Harmizi, syarikat telekomunikasi umpama terus bertegas untuk mengekalkan bayaran nilai prabayar telefon bimbit dengan penambahan enam peratus tanpa mahu menyerap atau mengurangkan nilai isian semula.

“Ini jelas menunjukkan mereka tidak mahu rugi, sama ada harga jualan RM10.60 dengan nilai isian RM10 atau harga jualan RM10 dengan nilai isian RM9.43 berbanding sewaktu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar yang sama.

“Tindakan syarikat berkenaan yang seakan-akan tidak mahu bertolak ansur dalam isu ini jelas memperlihatkan sifat tamak mereka dan perkara ini amat membebankan pengguna terutama golongan muda yang paling ramai menggunakan kad tambah nilai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kadar kad isian semula yang dikenakan syarikat telekomunikasi tempatan kini adalah RM10.60 bagi nilai RM10, RM31.80 (RM30) dan RM53 (RM50).

Harmizi berkata, pelbagai desakan telah dibuat sebelum ini oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung pelaksanaan GST ke atas kad tambah nilai, namun hingga kini tiada sebarang tindakan ke arah pengurangan caj tersebut dilakukan.

“Kebanyakan negara yang turut melaksanakan GST mengamalkan nilai isian semula yang sama dengan bayaran pembelian kad prabayar tersebut iaitu nilai isian sama dengan jumlah dibayar,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment