Muhammad Shafee juga memohon hukuman denda yang minimum memandangkan seksyen itu memberikan mahkamah pilihan untuk mengenakan hukuman denda sebagai pilihan kepada hukuman penjara memandangkan ia tidak melibatkan sebarang kecederaan.
Mohamad Khir merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman atas kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isterinya, Zahrah Kechik, 50, dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit, lapan tahun lalu.
Keputusan panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, sebulat suara menolak rayuan Mohamad Khir yang diwakili barisan lapan orang peguam bela diketuai oleh Dr. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Mohamad Khir merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013 yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara kerana mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.
0 comments:
Post a Comment